![]() |
![]() Entry About Shout Friends Follow D'Board |
owner
Contact Me
credits
|
![]() 6:19:00 pm | 0 Cloud(s)
Haa suka sangat sebab akhirnya pujaan hati aku dah dapat berlakon jadi hero dalam drama korea .
SIAPA ? Siapa lagi kalau bukan Jo Jung Suk ! kihkihkih . Untung sangat tengok drama dia berlakon ini . Drama yang sangat best sampai rasa nak gelak guling guling , nak nangis jerit jerit . WHY ? Sebab cerita itu kelakar dan sedih jugak . Alolo perfect ceritalah katakan . Cerita ini bukan sahaja mengenai kisah percintaan hero dan heroin tetapi disertakan mengenai kisah keluarga heroin itu sendiri . Ceritanya macam ini Jeng jeng jeng Lee soon shin , nama yang sangat kelakar bagi orang jepun . Kerana nama ini adalah nama pahlawan korea pada zaman dahulu . Macam kita , cuba bayangkan kalau nama kita ini Hang Tuah . Agak orang gelak tak ? Bukan orang aje gelak malah dengan pokok dan binatang pun akan gelakkan kita . Aku rasalah . HEHE Lee soon shin yang baru sahaja habis sambung belajar , susah sangat nak cari kerja disebabkan namanya yang pelik . Akhirnya dia pasrah dan terus bekerja sambilan di sebuah hotel ternama . Hari first day dia pulak , dia kena jadi tukang ngangkut makanan ke majlis meraikan hari jadi artis terkenal . Manakala hero ini pula , kebetulan memang seorang manager artis . So , means dia datanglahkan tempat majlis itu . Jumpa pulak dengan ex hero ini , yang dah jadi artis terkenal then terus lupakan dia . Jahat betul ! Adedehhh, panjang betul cerita dia . Nak cerita dari A sampai Z memang tak larat . Itu awal dialah kan . Tengah dia pulak . Lee soon shin ini akhirnya ingin menjadi artis dan sangat berbakat dalan berlakon dan menyanyi tetapi konflik telah berlaku apabila keluarga mengetahui yang ibu kandung lee soon shin juga adalah artis dan taknak lee soon shin berlakon . Sedihnya lagi sebab lee soon shin tak tahu pun yang keluarga dia sekarang adalah keluarga angka sahaja . Memang sangat sedih . Konflik terjadi apabila ibu kandung lee soon shin ini telah pun bergaduh dengan ayah angkat lee soon shin dan tidak semena mena ibu kandungnya hampi hampir dilanggar kereta di lokasi pergaduhan , Dah tu mestilah ayah lee soon shin ini selamatkan ibu heroin tu kan ? Haa dah tu tergoleklah dia dan terbaring di atas jalan . Akibat kerana terlalu takut ibu kandung heroin telah pun meninggalkan ayah angkat anaknya mati disitu tanpa menolong apa-apa Sudahlah hari itu adalah hari jadi lee soon shin. Kesian~ Pengakhirannya , Ibu kandung lee soon shin telah pun bersara menjadi artis disebabkan kejadian itu telah diketahui umum . Lee soon shin pula tak mampu nak memaafkan ibu kandungnya tapi tak adalah sampai membencikan . Dia bahagia bersama keluarga angkatnya . Kakak angkat lee soon shin ada dua orang . Yang pertama itu dah ada anak tapi suami curang so jandalah dia tapi dah bahagia dah akhirnya sebab dah couple dengan bekas banduan yang buka kedai jual roti dan kek . Insaf dah bekas banduan ini . Kakak keduanya ini telah pun berkahwin dengan teman sepermainannya waktu kecil walaupun pada awalnya ibu mertua kakak kedua lee soon shin ini tak suka pada kakak dia tapi pada akhirnya ibunya menjadi sangat sayangkan menantunya . Happpy endinglah katakan . Eh ? Dah tu guane pulak si lee soon shin ini ? Dia telah menjadi artis terkenal dan hero bakal melamarnya . HOHOHO itu sahaja sekian terima kasih .
![]() |
0 Comments:
Post a Comment