![]() |
![]() Entry About Shout Friends Follow D'Board |
owner
Contact Me
credits
|
![]() 6:10:00 am | 0 Cloud(s)
So what's point today ?
Haa , hari ini kasi cerita sikitlah pasal apa yang berlaku kebelakangan ini . Semalam aku mimpi aku kehilangan ayah kandung then dapat pulak bapak tiri pemandu teksi . Aduii drama apa pulak yang aku lakonkan tu ? aku menangis beria sampai aku tersedar dari mimpi dan banjir sudah bantal ku di penuhi air mata kesedihan , tengok jam pukul 4:40 pagi . Ya Allah sedihnya mimpi tu , aku tiba tiba terflash back kejahatan dan kekejaman aku sebagai anak pak ustaz . Yelah , dah nama anak pak ustaz comfirm kena nampak baik , muslimah sejati tapi tak bagi aku . Aku remaja yang liar , suka berpoya poya dan takpernah nak jaga maruah ayah aku . Dan sekarang aku sangat bersyukur selepas mimpi tu aku telah berazam selagi ayah aku hidup aku akan sentiasa membuat dia berbangga punya anak seperti aku yang bukan sahaja cantik luaran tapi juga cantik dalaman . Kihkihkih perasan di situ . ting ting ting ! Petang tadi aku dah suruh ayah aku belikan tomyam, maklumlah rumah tiada ibu memang tak berapa nak berasap dapur . Ibu aku pergi pulau pinang , ada seminar kat sana 4 hari . Aku ini cuma pandai buat apa yang perlu saja . Nak masak lebih lebih pun tak boleh pasal barang basah tak ada kat rumah . Lainlah macam mak aku . Balik tengah hari singgah kedai beli sayur , balik terus masak . Aku ini haa nak beli sayur pun tak boleh , kedai dah lah jauh nun di sana . Kenderaan pulak takde . Sebab dah tak tahan dah malam tadi . Dengan adik aku yang telah terguling guling , terbaring terlentang dan macam macam aksi nak membuktikan betapa lapornya dia yang menyeksa pandangan aku akhirnya aku buat keputusan minta sikit kat jiran seberang lauk . Maruah diketepikan , malu juga dibuang sekejap dalam tong sampah semata mata nak mintak lauk . Aduhai fiza ~ apakah malangnya dirimu hari ini . Ayah aku balik kasi air carrot susu fresh punya , kasi punya hati yang telah dilanda merajuk . HEHEHE kbye !
![]() |
0 Comments:
Post a Comment