|
|
Entry About Shout Friends Follow D'Board |
owner
Contact Me
credits
|
Kehidupan ini umpama kanvas putih . Manusia , hmm maksud aku kitalah . Kita yang mencorakkan dunia ini dengan penuh warna warni . Ia juga seperti roda yang berpusing . Tidak sentiasa diatas dan tidak sentiasa di bawah .
Jatuh bangun itu adalah perkara biasa yang penting usaha . Semangat mesti kuat , jangan mengalah dalam hidup biarpun kita sudah jatuh jauh ke dalam lubang yang gelap namun semangat mampu membawa cahaya sinar kebahagian kembali menerangi hidup kita . Kematian ? sesuatu yang menakutkan apabila kita membayangkannya namun semua pasti dan semua tahu . Kita akan laluinya . Tidak kira awal atau lambat kita semua pasti akan merasainya . Waktu kematian itu tidak pernah awal sesaat dan tidak pula lambat sesaat . Biar sejauh mana kita pergi , biar setinggi mana kita berada ia akan datang tanpa kita menjemput . ia akan hadir menjengah diri kita . Orang yang paling merasai kesedihan semestinya orang yang paling rapat dengan si mati . Orang yang sangat sayang pada si mati . Namun jangan pernah putus harap dari rahmat Allah hanya kerana kita telah kehilangan sesuatu yang bermakna bagi kita . Semua yang terjadi ada hikmah disebaliknya . . . Ini cerita aku , Anisa Insyirah Binti Azmi . Pertama kali dalam hidup aku . Aku minat pada seorang lelaki ini . Memang sepanjang aku berada di sekolah menengah dia sentiasa satu kelas dengan aku . Mungkin jodoh . Dia suka duduk di barisan hadapan jadi bila aku boring dengar cikgu membebel dihadapan aku akan padang dia . Aku suka tengok dia mengetuk ngetuk dahi dia dengan batang pensil semasa dia sedang memikirkan jawapan . Itu habit dia yang memang aku selalu perasan . Dia memang hensem dan sangat bijak . Aku selalu malu apabila cikgu memarahi aku di depan kelas kerana keputusan aku yang kurang memuaskan . Aku malu kerana mungkin dia sendiri sudah lali mendengar cikgu marah pada aku . Aku memang nakal dulu HAHA . Namun semua itu berubah semenjak.... Pada suatu hari selepas seminggu ujian bulanan berlalu . Aku dipanggil kebilik guru lelaki . Aku kena marah teruk dengan cikgu math aku kerana gagal ujian . Aku kena maki habis habisan dengan cikgu mulut lepas tu . Dan inilah kali kedua aku menangis kerana cikgu selepas kes kena marah dengan cikgu yang sama juga gara gara ponteng kelas semasa tingkatan 1 dulu . Aku sedih sangat waktu itu . Aku menangis sehingga habis waktu sekolah . Disebabkan rumah aku dekat sahaja dengan sekolah jadi aku mengambil keputusan untuk balik lewat hari itu . Aku nak tenangkan fikiran seorang diri dalam kelas . Sedang aku tersedu sedu menangis ada sepasang tangan menghulurkan sapu tangan warna biru muda . Hey ! this my favorite colour . Hamka Arsyad , dialah lelaki yang telah memberi sapu tangan pada aku dan dia jugalah yang mengubah hidup aku di sekolah selepas itu . Aku panggil dia Asyad , kini dia menjadi guru tuisyen free aku sekaligus menjadi sahabat baik aku disebabkan tiada seorang pun nak berkawan dengan aku yang memang sangat nakal ini . Asyad orang paling berani menghulurkan salam persahabatan kepada aku . Aku sangat menghargai kesudiaannya . Thanks Asyad ! Orang yang ku sangka pemalu rupanya sangat berani menjadi kawan kepada budak nakal macam aku . Yang terujanya dialah lelaki yang aku minat . Apa perasaan korang bila orang yang korang minat menjadi seseorang yang rapat dengan korang sekarang ? Wah ! mestilah best kan kan . Setelah itu aku bukanlah lagi budak nakal yang dikenali . TAPI ! haa aku siap guna uppercase lagi nak bagitahu yang tak semestinya aku minat dia bermakna aku jatuh cinta pada dia no no no this ANISA tau . Mana main cinta time sekolah sudahlah aku sekolah agama . Mau kena tangkap kering nanti . Aku menjadi budak yang sangat baik sehingga pernah memenangi pelajar terbaik tahunan . Aku juga telah menjadi pelajar diantara yang paling bijak semuanya kerana Asyad sumber inspirasi aku . Berkat semangat yang diberikan oleh Asyad , usaha aku yang tak pernah jemu dan restu ibu bapa . Aku telah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan STAM , Asyad pun ! Aku telah diterima untuk melanjutkan pelajaran ke yaman . Negara yang menjadi igauan aku siang dan malam . Asyad nampaknya sedih kerana aku akan tinggalkan dia . Monyok sahaja dia terperuk dalam rumah tetapi ini pun semua salah dia . Siapa suruh dia taknak minta dengan pihak mara permohonan . Dia sendiri taknak pergi . Nak tak nak aku terpaksa tinggalkan dia . Bye Asyad ! Asyad sambung belajar di unversiti berdekatan dengan rumah dia sahaja tetapi aku tetap akan menjadi kawannya sampai bila bila . Ini janji aku ! Setahun aku berada di yaman . Kami masih berhubung melalui email namun itu hanya setahun . Tahun yang berikutnya kami tidak lagi berhubung . Entah kenapa dia langsung taknak balas email aku .Aku pun buat tak endah je kerana waktu sekarang aku memang sedang sibuk . Aku perlu mendapat keputusan cemerlang . Aku nak capai cita cita aku . Alhamdullilah , aku telah mendapat kepujian pertama dalam bidang yang aku ceburi . Aku kembali ke bumi malaysia tempat lahir ku . Aku agak sedih abapila dapat tahu kawan baik aku Asyad sudah berpindah . Aku sekarang tak tahu nak contact dia macam mana . Puas aku cari Asyad merata tapi tak jumpa . Aku terjah semua rumah kawan Asyad tapi semuanya tak tahu sampaikan diorang semua bosan disoal siasat berulang kali . Akhirnya dapat juga no Asyad . Aku dapat no dia dari pakcik jiran sebelah rumah lama dia . Baik betul pakcik tu siap belanja roti canai lagi dekat aku tau . Wah , gaknya pakcik tu terpikat dekat aku kut . haha Marah ? Ya aku memang marah dan sangat marah . Normal lah kan perempuan membebel so tak heranlah aku membebel dekat Asyad selama 10 hari 10 malam . Aku geram betul dengar alasan dia yang tak munasabah langsung . Tak ada masa nak cari aku and contact aku disebabkan kerjaya barunya ? Haa , no no no aku tak terima alasan sebengong itu . eiii benci tau . Tapi dia sekarang sudah menjawat jawatan yang bagus . Dia jadi ceo di dalam syarikat perbangunanan . Tempat kerja kawan ayah dia . Wah untung betul Asyad dapat kerja . Aku ? Humppp menganggur lagilah nampaknya . Asyad nampak berubah . Dia dah tak macam dulu . Tiada lagi kata kata semangat yang dia salurkan kepada aku . Tiada lagi ketawa dia yang menawan . Dia nampak macam kekok bila bersama aku . Gaya dia nampak kaku . Bila kami jumpa dia cuma jawab sepatah sahaja . Aku tanya dia mungkin dia sakit atau demam sebab muka dia nampak pucat . Dia cuma geleng lemah . Kali terakhir kami jumpa . Dia senyap sahaja . Dia nampak makin kurus . Aku risau tengok dia . Asyad lebih banyak memandang aku dengan wajah yang sayu . Dia seakan akan ingin meluahkan masalah yang menyelubungi dia namun cepat sahaja dia sorokkan pada aku . Aku jadi ingin tahu . Kenapa Asyad ? Kenapa kau buat aku macam ni ? Kau sudah banyak berubah . Kau berahsia pada aku . Huh ! Akibat terlalu ingin tahu . Aku nekad untuk berjumpa ibu Asyad . Mungkin ibu Asyad tahu apa masalah Asyad . Dengan izin Allah , Aku accident dilanggar kereta di hadapan rumah Asyad . Ibu Asyad bawa aku ke hospital . Bila aku sedar , aku nampak ibu Asyad dan semua keluarga aku . Aku kecewa , Asyad tak jenguk aku . Kata ibu Asyad , Asyad sibuk dengan kerjanya . Alasan yang sama . Aku tahu ibu Asya tipu . Wajah dia berubah waktu dia bagitahu alasan mengenai Asyad . Aku keliru . Sudah 2 minggu ibu dan ayah aku jaga aku . Mereka kata mereka tak boleh jaga aku dah . Mereka kena kerja . Takpe aku faham . Ayah dan mak aku peguam . Mereka sibuk . Kakak aku Saidah jaga aku selama seminggu selepas itu keluarga aku terpaksa mengupah seorang doktor peribadi untuk merawat aku dan memberi kata semangat untuk aku sebelum adik aku pula akan jaga aku sewaktu cuti semesternya . Adik aku iqbal sedang bergelut dengan peperiksaan di universitinya . Doktor hafiz hakimi . Seorang yang sangat menyenangkan . Lucu dengan eksperasi wajahnya . Pandai bermain dengan kata kata semangat sehingga aku senang apabila dekat dengannya . Dia juga selalu menceritakan mengenai keluarganya . Dia tua 4 tahun dari aku . Umurnya 26 tahun . Ibunya masitah adalah ibu tunggal . Ayah doktor Hafiz meninggal gara gara serangan jantung pada usia dokor hafiz 16tahun . Banyak cerita doktor hafiz yang menyayat hati sehingga timbul perasaan kasihan padanya .n aku Kami selalu berbual bersama kadang kala dia aku menyanyikan lagu untuk aku . Suara dia sangat merdu sesuai dengan muka babyface nya . Cute sangatt . Aku rasa macam Ah !tak mungkin Anisa jatuh cinta . Alamak ~ Apa nak buat ni . Ya lah siapa tak suka lelaki yang cute ... yang pandai nyanyi ... doktor pulak tu . Kami makin rapat . Dari hubungan doktor dan pesakit menjadi sahabat . Dia rapat dengan aku juga adik aku iqbal . Nampaknya iqbal dah dapat teman baru yang hobi sama dengannya . Volley ball . Aha , iqbal nampak seronok sangat dapat menghabiskan cuti semester selama 3 bulan bersama doktor hafiz . Aku juga makin lama makin sayangkan doktor hafiz tapi untuk luahkan ..... aku malu . Asyad , aku tak tahu dia pergi mana tetapi bila aku datang ke rumahnya . Ibu Asyad kata Asyad ada kerja kat luar negara . Kami terputus hubungan lagi . Sampaikan aku pun dah penat dengan hubungan bersahabatan dengan Asyad . Akhirnya kedatangan Doktor Hafiz dalam hidup aku membuatkan aku perlahan lahan melupakan Asyad . Bukan salah aku tapi Asyad yang tak mahu berhubung lagi dengan aku . Dia tak pernah nak cari aku . Adik aku nak balik dah . Sebelum dia balik universiti dia dia bagitahu aku yang Doktor Hafiz sukakan aku . Ya Tuhan , bahagianya cinta berbalas . Aku senang dengar kenyataan adik aku . Doktor Hafiz ingin melamar aku . Aku terima dengan perasaan bersyukur . Tamatlah zaman bujang aku yang penuh suka dan duka ini . Waktu perkahwinan kami makin dekat . Aku juga makin sayangkan Hafiz . Semua kad jemputan sudah diedarkan . Aku juga tak lupa berikan Kad jemputan untuk keluarga kawan baik aku Asyad . Ibu Asyad nampak gembira namun terselit cemburu . Mungkin cemburu sebab Asyad tak jumpa jodoh lagi seperti aku . Asyad masih menghilang . Aku sudah tidak kisah lagipun aku bakal bersuami . Aku harus lupakan dia . Majlis perkahwinan kami berjalan lancar . Namun keluarga Asyad tidak hadir ke majlis bahagia aku . Sehari selepas majlis itu . Aku bermimpikan Asyad . Bila aku bangun aku dapat rasa air mata aku jatuh . Aku rindukan Asyad . Sangat rindukan dia . Tapi aku tak nak jumpa dia , nanti apa pula kata suami aku. Hampir seminggu aku mimpi perkara yang sama . Aku makin tak dapat kawal perasaan . Aku terlalu rindukan dia . Aku minta izin dengan Hafiz untuk ke rumah Asyad . Nasin Hafiz izinkan . Sampai aku ke rumah Asyad . Aku nampak rumahnya sedang dikemaskan . Ada majlis ? kenapa tak ajak aku . Aku kecewa . Aku tak sangka Asyad sudah benar benar lupakan aku . Aku jumpa ibu Asyad . Dia nampak terkejut dengan kehadiran aku. Ibu Asyad nampak tidak bermaya tapi dia sembunyikan . Dia layan aku dengan baik . Aku tanya Asyad mana ? Dia senyum . Dia jawab Asyad dah pergi . Aku tak faham . Asyad pergi mana ? Kali ini barulah ibu Asyad menangis . Dia meninggalkan aku seorang diri di ruang tamu . Selang beberapa minit . Ibu Asyad keluar membawa sekeping surat . Katanya ini dari Asyad . Dia suruh aku baca dirumah . Aku pulang dalam keadaan keliru . Sampai sahaja dirumah . Tak sempat duduk aku terus buka surat itu . Aku tak sabar nak tahu . Aku baca dengan perasaan berdebar . Anisa , aku sebenarnya tidak berani untuk berkata soal ini dengan kau . Jadi aku tuliskan surat . Ingat tak waktu pertama kali kita berkawan dulu ? Aku sebenarnya sudah merasai kehadiran kau sewaktu di tingkatan 1 lagi . Aku suka tengok gaya kau . Aku kagum dengan kau sebab kau memang seorang yang berani . Berani dalam semua hal sampaikan cikgu pun kau tak takut . Aku tak seberani kau . Aku tunggu sehingga kita tingkatan empat barulah aku beranikan diri untuk dekat dengan kau itupun aku berdebar yang sangat . Kau kawan perempuan pertama aku . Kau tahu ? aku adalah pelajar kesayangan cikgu . Aku memang rapat dengan cikgu dan pengetua sekali . Setiap kali awal tahun pasti aku akan tengok kelas apa yang kau akan masuk . Jika kita tak sama aku akan meminta pengetua tukarkan kelas aku supaya aku boleh sama dengan kau . Sewaktu habis PMR akudapat kelas sains 1 tapi kau hanya dapat kelas akaun 2 . Sekali lagi aku minta pengetua tukarkan kelas aku . Aku tak kisah kelas apa yang aku masuk . Aliran apa yang aku nak tetapi aku akan pastikan kau dekat dengan aku . Pengetua marah sangat dengan aku . Aku beralasan aku ingin bantu kau . Pengetua akhirnya memutuskan untuk kita sama sama tukar ke kelas sains 2 tetapi pengetua kenakan syarat . Syaratnya aku mesti jamin yang engkau akan dapat keputusan cemerlang di akhir tahun tingkatan empat dan SPM . Aku terima syarat itu dengan hati gelisah . Aku cuba cari ikhtiar supaya aku dapat menolong kau . Aku tanyakan pelajar perempuan yang pandai untuk menolong kau tetapi mereka menolak dengan alasan kau seorang yang degil tak mungkin berubah . Aku terpaksa memberanikan diri menegur kau sewaktu kau sedang menangis . Aku rasa itu waktu yang tepat . Selepas itu kita menjadi rapat rupanya kau seorang yang baik dengan kawan . Aku suka dengar kau berlawak kau memang happy go lucky orangnya . Aku semakin rasa perasaan aku sudah perubah menjadi perasaan sayang pada kau . Aku sukakan kau tetapi aku tak berani meluahkan perasaan itu . Sewaktu sebulan selepas STAM . Aku dapat tahu kau ingin ke Yaman . Aku nak ikut tapi ... aku tak boleh ke sana . Aku takut aku akan lebih sayangkan kau . Aku sengaja lepaskan kau pergi jauh . Sekurang kurangnya aku lega kau dapat keputusan yang cemerlang sehingga layak ke universiti Yaman . Setahun selepas kau ke sana . Aku tiba tiba sakit . Aku berjumpa doktor dan doktor mengesahkan aku sakit .Sakit yang susah untuk sembuh , sakit yang membawa aku sampai ke sini . Aku kecewa kerana penyakit yang aku hadapi membuatkan aku tak mampu meluahkan perasaan aku pada kau .Aku terpaksa mengambil keputusan melupakan kau . Sejurus kau pulang , kau cari aku . Aku takut kau tahu penyakit aku jadi aku rahsiakan penyakit aku ini dari kau . Sedaya upaya aku cuba jauhkan diri aku dari kau . Kau membesar dengan baik sekali . Kau makin cantik dan ayu dengan memakai tudung yang labuh . Aku makin sukakan kau tetapi apakan daya . Sewaktu kau accident aku sebenarnya berada di Hospital yang sama dengan kau . Aku meminta ibuku merahsiakan dari kau . Aku selalu jenguk kau dari jauh . Aku taknak dekat dengan kau . Badan aku sangat kurus waktu itu . Aku tak bermaya , aku tak nak kau nampak aku dalam keadaan aku macam ini . Aku nampak kau rapat dengan Dokotr Hafiz . Doktor yang merawat aku juga . Aku behagia dalam derita . Aku tahu kau sukakan dia dan dia juga sukakan kau . Aku gembira kau dapat jodoh yang baik . Tetapi aku juga manusia . Aku cemburu melihat kau dan dia sehingga kadang kala aku memarahi tuhan yang mengirim penyakit ini kepada aku . Aku ingin menjadi suami kau tapi tuhan lebih sayangkan aku nampaknya . Sewaktu kau bertunang . Penyakit aku bertambah parah . Seringkali aku pengsan tidak sedarkan diri selama beberapa hari . Doktor juga sudah memberi tahu aku yang akan tidak lama lagi akan pergi ke sini . Ibu ku juga sudah kering air mata menangisi aku . Diwaktu pernikahan kau , aku tulis surat ini untuk kau dan kuberi pada ibu . Aku minta ibu berikan surat ini pada kau diwaktu aku sudah pergi kesini . Dan saat kau membaca aku sudah tiada lagi . Aku berikan kau kata luahan hati aku dalam puisi Kau bintang yang bersinar menyinari alam hati ini Ingin sekali aku menjadi bulan menemani hari mu Namun aku cuma seekor rama rama Mungkin dilihat cantik namun tidak lama Sekejap cuma aku dapat memandangmu Di hari akhir aku melihat kau berkelip Bulan sudah menemani mu Aku bahagia menanti waktu aku pergi Aku pergi ke sini ke alam abadi Aku menunggumu di sini Aku ingin menjadi penunggumu disini Aku sukakan kau Anisa Insyirah |
0 Comments:
Post a Comment