|
|
Entry About Shout Friends Follow D'Board |
owner
Contact Me
credits
|
Bulan puasa datang lagi :) siapa tak suka puasa memang dia pecinta makanlah . Aku memang suka bulan puasa ni sebab orang gemuk macam aku ini lah time nak kurusnya kalau masa bulan lain memang susah sangat nak lekang dengan makanan dah macam pasangan couple dah aku ini dengan nasi . Terasa berat sangat dah badan ini sampai aku memang tak sanggup menggalas beban aku sendiri . Bulan puasa ini terasa ringan sikit badan aku dan terasa ringan sangatlah sampai bila orang jentik aje aku dah boleh tumbang sebab lembik sangat . Laparlah katakan . Jadi , SELAMAT MENYAMBUT BULAN KESABARAN !
Apa istimewa bulan Ramdhan ini ? Haa dari tahun yang lain aku memang sukakan tahun ini pasal tahun ini mak aku rajin pulak buat kuih raya biasanya dia suka tempah aje dengan kawan sekerjanya . Angin monsun dalam badan dia dah bertukar pulak . Baguslah , aku memang suka bab 'merasa' a.k.a melahap semua kuih yang mak aku buat . Sedap sangat ! biarpun kuih tu biasa biasa sahaja . Nama kuih tu pun tak berbelit nak sebut pasal senang sangat . Tat nenas dan bunga cina . Senangkan ? aku ini memang tak berapa suka nenas . Apa apa yang berkait rapat dengan nenas aku takkan makan melainkan nenas cicah kicap . Pergh ! itu memang aku suka . Just it ! memandangkan kuih tat nenas itu berintikan jem nenas automatiklah tekak aku taknak kepada kuih ini namun disebabkan air tangan mak aku , yang tak suka pun boleh jadi suka sangat sampai habis sebalang ditelan oleh dinasour bernama fiza tembam . Haha , tak jadi dietlah nampaknya . Sebelum bulan ramadhan beria sangat nak bersenamlah nak kurangkan makanlah taknak makan makanan berminyaklah macam macam songeh dan angan angan aku lakar dalam kepala otak namun semuanya berkecai bak serpihan kaca kaca yang dilunyai lunyaikan oleh kuih buatan mak aku campur pulak mak aku masak sedap sedap untuk berbuka makin berkecailah harapan dan angan yang tinggi mengalahkan langit biru nun di atas sana . Sampai macam tu sekali penangan masakan ibu . Oh ibu , istimewanya kau tiada tandingan . Aku harap mak aku buat marmar carry petang ini . Amin ... Korang pun aminlah sekali tau . Mana tahu doa korang lebih terror sampai termakbul impian aku . Bolehlah aku bagi duit raya singgit sorang nanti yee . (Kedekut betul) .Dah bulan puasa ini sememangnya sangat intim dengan bulan syawal . Bulan idaman seluruh umat manusia yang beragama islam . Aku pun turut serta mempunyai perasaan yang sama macam orang diluar sana . Biasalah budak muda macam aku ini memang sudah melukis plan untuk strategi mendapatkan duit raya yangpaling banyak . Dan telah pun berkira kira untuk beli apa . Kalau korang tanya aku , apa yang aku nak beli jawabnya SECRET lah tau ! haha mana boleh bagitahu nanti korang gelak apapapun memang banyak sangat aku nak beli . Ye dok tahu duit raya tu cukup . Aku dapat merasakan tahun ini tuah aku banyak sikit pasal aku dah meningkat menjadi budak paling comel pasal badan dah macam teddy bear mesti ramai orang suka nak bagi duit dekat aku . Aku kan dah jadi budak chubby . HAHAHAHA(GELAK LAGI) memang kerja aku gelak aje lah . macam mana pulak dengan baju raya ? ajaa ! aku kalau bab baju raya memang agak rambang mata sikitlah . Susah doh nak cari . Macam cari berlian dalam kaca fuhh payah yang amat last last mak aku pilih sendiri baju untuk aku . Hahah tu lah payah sangat kan kena redha je lah nampaknya . Well actually aku tak kisah sebab my mum choice's is better than i find myself . Tema tahun ini merah . Haha kuat benor politiknya . Bagi aku merah bukan tanda Umno tapi tanda berani . Aku sukakan warna merah . Warna yang cantik bukan ?. Sebenarnya warna yang kita suka adalah tanda sifat kita . Macam aku , aku minat warna merah tandanya aku seorang yang berani dalam segenap hal dan berani tanggung risiko . Aku berani menentang dan berani melawan arus . Aku juga sukakan warna hitam menandakan aku suka melakukan kejahatan . Aku seorang yang nakal dan keras kepala . Seorang yang susah dijangka dan payah dikawal . Terlalu ingin menari kebebasan dan sentiasa bertindak drastik . Aku akui aku seorang yang menyusahkan dan aku anggap itu adalah keistimewaan aku bukan kelemahan . Begitu juga dengan warna putih , aku seorang lemah seperti warna itu telalu sunyi dan sentiasa terasa asing . Putih juga tandanya lembut dalam keras kepala aku dan sangat menyusahkan aku juga seorang perempuan yang lembut dan senang di pujuk dengan menggunakan kuasa kasih sayang dan cinta sebab itu aku mudah dibentuk oleh lelaki yang aku sayang tak kiralah apa yang mereka bentukkan aku . Mungkin mereka bentuk aku menjadi seorang yang jahat mungkin juga mereka bentuk aku seorang yang murahan namun susah pulak mereka nak bentuk aku jadi yang terbaik . Huh ! lelaki , terlalu susah untuk jumpa lelaki yang mampu bentuk aku menjadi terbaik maybe someday . Not now but sooner . Saya tunggu saat tu ! Melalut dah nampaknya , puasa tahun ini nampaknya tk mendatangkan masalah bagi aku . Terima kasih tuhan sebab mempermudahkan ramadhan aku kali ini . Solat terawih korang macam mana ? Hahaha malu nak solat terawih ? takut orang kata alim ? and banga sebab tak solat terawih langsung ? haha adakah korang seorang bodoh atau korang seorang ateis ? tak percayakan tuhan atau korang jauhkan tuhan . Actually terawih aku tahun ini agak low sikit tapi aku akan cuba untuk sentiasa hadir ke surau . Tahun depan aku akan pastikan tiada satu hari pun aku terlepas dari solat terawih macam tahun ini :( . Aku agak sedih kerana mungkin aku terlalu banyak dosa sehingga tuhan tak mahu menjemput aku melakukan sesuatu untuk mendekatkan diri kepdanya ? Aku bersalah :( aku dah jarang solat taubat dulu setiap hari tapi sekarang sebulan sekali sahaja . Manusia macam apakah aku ini ? yang buat salah tapi taknak minta maaf . Huh ini semua balasan . Hari ini 28/7 birthday adik aku Nurul Nadzirah . Happy birthday ! and aku sedang menanti 13/8 . Birthday siapa ? haha someone in my history path . Maybe aku tak perlu wish depan dia tapi aku akan sambut birthday dia seorang diri tanda aku masih mengingati dia . Ya Allah kau jagailah dia seperti kau menjaga aku . Lindungilah perasaan ini agar ia tidak melampaui batasan . Aku mohon lindungilah hati ini . Amin Labels: i love this Ramadhan |
0 Comments:
Post a Comment