STOP MOMENT: Memories In Putrajaya

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Hi... Welcome to my blog. Thinks possitive when you read my story , Don't be so rude with your own word !


owner

Contact Me

credits
10:52:00 pm | 0 Cloud(s)
Memories In Putrajaya

 "Sufiyya barang awak dah siap ? abi awak suruh tunggu dekat luar sekarang '. Terpacak muka Aulia dengan nafas yang masih tercungap cungap mengisyaratkan bahawa dia baru saja menang marathon berlari entah berapa meter agaknya .
 "Barang semua dah settle , Tolong panggil Aina cepat . Dia belum bayar duit 'trip' . ' Arahan Sufiyya ala ala ketua tentera di sambut tabik hormat dari Aulia dan dia kembali sambung berlari kali ini  menuju bilik Aina di tingkat 3 pula .

"Aina , Sufiyya minta saya tanyakan duit 'trip tu . '. Muka Aina nampak gelisah bila ditanya soalan yang mampu mencabut organ penafasannya sekarang . Tergagap gagap dia menjawab . Merah mukanya menahan malu . Mahu tidaknya , hanya dia seorang sahaja yang tidak membayar duit 'trip' kumpulan usrah UIAM tahun ini .
"Tolong bagitahu abi sufiyya yang saya berhutang dulu , Awak fahamkan ? ayah saya memang tak suka saya ikut usrah inikan pula trip untuk ke tempat yang beragama . Katanya nanti saya akan jadi kolot . Bila dia tahu saja yang saya akan ikut pergi 'trip' terus dia sekat duit belanja saya . Akaun bank saya pun tak dapat dibuka '. Alahai kasihannya anak orang kenamaan ini . Ada saja masalah keluarga .
"Okay , jom turun . Tinggal awak seorang yang tidak masuk bas lagi . Jangan lupa beg pula yaa !:" pantas saja Aulia berlari turun takut terlambat agaknya . Memang dia suka berlari , kalau mak orang tengoknya pasti fikir dia jenis tergopoh . Macam macamlah Aulia ini . Desis hati Aina sambil memungut beg galas yang sebesar pemeluk itu . Diheret bersama seutas beg tangan yang agak kecil .

"SubahanaAllah , cantik sungguh Al-jenderami ini kan abi ? '.didepa kan tangan sedikit sambil menghirup udara penuh kesyukran .
"Betul tu , Sufiyya pergi pimpin pelajar perempuan ke tempat asrama anak yatim di atas dewan utama al-jenderami okay ?' arah abi sambil berlalu meninggal sufiyya dan semua pelajar perempuan di pintu masuk Yayasan Al-Jenderami.

Pukul 9;20pm baru mereka sampai . Sebetulnya mereka sudah berada di dengkil,Sepang Selangor pukul 6 petang lagi namun bas tersesat entah berapa kali pusing membuat mereka semua terlewat hampir 2 jam . Majlis Khadijah kubro sedang diadakan di tempat JASADANI sekarang . Mereka nampaknya harus solat jama' takhir dahulu di asrama anak yatim tempat mereka akan tidur nanti . Abi Sufiyya dan beberapa orang lelaki akan tidur di homestay yang berdekatan . Terlewatlah nampaknya nak tengok budak JASADANI buat persembahan . Seruan ilahi harus didahulukan walau apapun .

Persembahan pentoman khadijah kubro yang dipersembahkan oleh pelajar JASADANI dan Madrasah Nafisah lil banat memang melucukan . Paling mencuit hati kami sewaktu melihat mereka mempersembahkan coral speaking bertajuk 'Ramadhan Is Coming' sempena menyambut bulan Ramadhan tidak lama lagi . Memang lucu mendengar celoteh mereka dan lagu yang didendangkan . Comel sahaja kanak kanak yatim dihadapan kami .Majlis diteruskan dengan qasidah dari pelajar madrasahh lelaki di situ dan persembahan terbuka yang dipersembahkan oleh ustaz disitu juga dengan lagu P.Ramlee . Lagu raya yang syahdu itu sungguh memikat hati . Terasa seakan raya bakal menjelang esok hari saja . Biarpun bulan Ramadhan belum menjenguk namun bulan syawal sudah bermain di fikiran .

 Rugi sungguh rasanya tak dapat tonton mereka buat persembahan silat . Ini semua gara gara lewat sampai . Meriah dengar gelak tawa anak anak yatim usia 2 hingga 4 tahun berlari berkejaran . Nampak sangat comel dengan pakain baju melayu yang bermacam warna . Macam raya pula .

Esoknya hari kami tiada apa apa program untuk dihadiri jadi kami membuat keputusan untuk pusing pusing di Putrajaya . Sekali lagi kami tersesat di Cyberjaya . Berapa lorong presint dah kami pusing untuk sampai ke Masjid Putrajaya . Kagum dengan kecanggihan dan kecantikan bangunan yang tesergam indah membuatkan kami tidak terasa waktu sudah memasuki tengah hari . Sampai di masjid Putrajaya semua pelajar usrah perempuan UIAM  bersolat di tingkat atas . Cuma aku dan Aulia sahaja yang berjalan jalan di kawasan masjid itu . Kami 'cuti solat' kerana itu kami mengambil kesempat untuk merayau rayau sahaja sambil mengambil gambar panorama disekitar masjid itu . Khusyuk kami menonton pelajar silat yang berlatih di kawasan sebelah kanan masjid sehinggalah aku merasa badan aku dilanggar dari arah kanan . Aduh!sakit bahu aku nasib tidak tergolek kalau tak , malulah jawabnya .

Wajah aku yang berkerut merenung sesusuk tubuh yang tidak sengaja melanggar badan aku ( atau mungkin sengaja ). Hish , tak baik prasangka buruk . Huh , lelaki rupanya dan lelaki itu ditemani seorang lelaki yang lebih tua mungki ayah dia . Dia cuba untuk minta maaf tapi .. Ohh orang arab patutlah dia terfikir fikir untuk meminta maaf dalam bahasa melayu bagaimana . Sufiyya sekadar megangkat tangan tanda tidak mengapa . Dia Sebolahnya ingin segera beredar dari situ . Rimas dengan renungan lelaki arab tu . Lagipula dia tidak mahu terjadinya maksiat mata . Lelaki arab memang kacak dengan mata coklat cerah dan berbulu mata lentik MasyaAllah memang memikat . Warna putih susu kulit wajah lelaki itu menambahkan kekacakan nya . Ahh Sufiyya tidak sesenang itu untuk terpikat . Baru sahaja aku ingin berpusing aku dah terkejut badak tengok abi dibelakang . Haa sudah ! matilah mamat tu . Ayah aku ini pernah pergi syria tau comfirm confirmlah dia fasih bahasa arab .

 Aku tercegat tidak jauh dari tempat ayah berbincang dengan lelaki itu . Ayah aku memang sensitif sikit kalau ada yang dekat dengan anak dia . Sufiyya Hilma Binti Haji Harraz Ramli memang tak boleh didekati . Mahu kena sembelih hidup hidup lelaki yang berani tunjuk hero . Balik dari Putrajaya kami semua dah letih . Rehat sampai ke maghrib . sebelum solat magrib diadakan semua yang hadir membaca ratib al-attas beramai ramai . waktu ba'da isyak di isi dengan ceramah dari habib habib yang hadir . Selepas solat isyak barulah kami berjalan ke kooperasi barakah dan tempat jualan . Wah mahal juga barang barang di sini . Aku sekadar membeli empat biji roti berbentuk separa bulat yang besar juga saiznya berinti mentega dan di salut coklat hangus diatasnya . Boleh tahan sedap ! aku dan Aulia sama sama beli habbatus sauda yang diisi didalam bekas betuk sylinder kecil berharga rm4.00ringit . Aku juga membeli kismis minda dalam tupperware biru berharga RM10:00 , Aulia sibuk membelek madu yang diletak dalam straw berwarna jernih tapi dia tak beli pun . Tak cukup duit agaknya . Teruja pula aku bila melihat di salah satu kanopi jualan itu tertera nasi mandy kambing dan nasi mandy ayam . Lucu pula namanya . tering merasa nasi itu namun malangnya tiada yang menjaga . Bukan rezeki aku agaknya .

Kooperasi barakah ditingkat atas kami kunjungi . Aku yang beria ria nak pergi sana tapi Aulia pula yang banyak beli . 2botol cincau jenama fitrah , 2 bekas mister potato perisa original , dan makanan segera entah apa jenama yang aku malas hendak ketahui . Aku sekadar beli sebotol cincau untuk diminum didalam bas nanti .

Kami balik malam itu juga . Pukul 11.00pm kami bertolak . Didalam bas aku dudkl dibarisan hadapan bersama abi . Abi pada mulanya senyap tak sampai 5minit berbicara . Abi jenis yang tidak suka bermadah madah , berbunga bunga dahulu . memang dia akan terus kepada topik yang ingin dia sampaikan . Kalau tetibe terdengar dia berfalsafah dahulu maknanya adalah tu hantu sastera menginap dalam badan abi .

"Sufiyya dah ada boyfriend ?' Aku yang sedang minum air cincau hampir menyemburkan air tepat pada muka abi . Ya Allah abi ni pun , tetibe aje ni kenapa ?

Aku nak ada boyfriend ? lelaki nak dekat dengan aku pun abi marah inikan nak berhubungan lebih lebih . Merepek aje abi ini ."tak ada '. ringkas dan padat .
Dengan muka seposen aku memandang lurus menembusi bas . Menandakan aku tidak berminat untuk berbincang hal yang tak mungkin aku dapat bayangkan .

Abi nampaknya buat buat tak faham "Kamu kenal orang yang langgar kamu itu ? dia anak sedara kawan abi yang agak berumur disebelahnya Syed Khudrawi as seggaf kawan abi di damsyik . Yang langgar kamu itu namanya Hamka Al hafiz as seggaf . Hampir sebaya dengan kamu . Abi nak berjumpa dengannya hujung tahun ini . Ada hal nak bincang . Kamu ikut yee ? .

Haa sudah , kenapa pulak aku kena ikut . Ini mesti ada kait megait pasal aku . Nak bagi alasan ada kelas tak boleh . Abi pensyarah di UIAM mestilah dia tahu yang aku akan bercuti semester . Alahai abi ~

0 Comments:


Post a Comment