STOP MOMENT: Ayah Dah Maafkan Kamu !

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Hi... Welcome to my blog. Thinks possitive when you read my story , Don't be so rude with your own word !


owner

Contact Me

credits
10:29:00 pm | 0 Cloud(s)
Ayah Dah Maafkan Kamu !

 Tubuh tua itu tergetar getar sujud pada sejadah yang di bentang . Kudratnya yang lemah tidak mendayakan dirinya berdiri dengan sempurna . Solat itu sekadar duduk namun hatinya gagah mengabdikan diri . Khusyuk yang diraih di dalam solat menenangkan hati sayu yang mengcekam . Usai solat subuh di pagi yang hening itu . Kaki nya menyusul jalan kampung yang masih sunyi tanda manusia masih tidak keluar rumah . Wajah bumi kelihat suram tiada matahari . Entah kenapa hati nya terlalu ingin bertemu permata hati nya . Terlalu merinduinya seakan mahu mati jikalau tidak bertemu . 
 Bibirnya mencorak senyum tawar di saat tubuh tua ini terpacak di hadapan 'rumah' anak perempuannya . Tangannya membuka helaian buku yang dibawa dari rumah dan digenggam erat sedari tadi pada muka surat dilipat sedikit itu . Sudah banyak kali dia mengulangi membaca helaian itu . Namun sikit pun tiada perasaan jemu .

26 august 2012
Hari ini hari bahagia aku . Berada di kuliah di temani tesis tesis bertimbun , bertemu pula peperiksaan yang mencabar membuatkan aku terlalu berasa merdeka . terasa segala usaha aku selama ini membuahkan hasil . Orang yang paling bahagia sekali semestinya ayah aku . Senyuman nya pada hari ini bersulam kebanggaan . Pada saat itu aku mulai sedar . Dialah insan yang selalu menyanjungi segala usaha aku . Mengagumi segala kebaikan aku menasihati segala perbuatan aku . 
Aku memeluknya erat . Seerat yang mungkin . aku terharu saat air matanya menitis . Dia mengatakan aku telah pun membalas jasanya tetapi mana mungkin jasa nya yang terlalu besar itu dibalas hanya segulung ijazah yang tiada makna ini ? mana mungkin pengorbanan dia membesarkan aku hanya di balas sekadar ini . Tak mungkin ! 
Aku merenung wajahnya . Aku melihat kulitnya yang gelap . Pernah saat dahulu hanya kerana warna kulit itulah pernah membuatkan aku malu apabila ayah aku hadir ke sekolah . Aku malu dikatakan mempunyai ayah yang gelap .  Aku malu apabila di samatarafkan ayah aku dengan orang negara bangladesh . Namun kini aku sedar . Betapa kerana ayah aku langsung tidak menghiraukan mentari membahang menjilat seluruh tubuh itu demi aku . Betapa ayah aku langsung tidak kisah kulit sawo matang berubah gelap hanya demi aku mengecap kebahagiaan . Sungguh aku berdosa saat itu . Air mataku menitis bersama kekaguman pada ayah ku .
Seringkali aku melihat ayah pulang bersama baju yang kotor dan kadang kadang di marahi ibu ku kerana ayah menggunakan seluar baru di belinya untuk ke tempat kerja sehingga warna hitam berkilat seluar itu menjadi kelabu dan mempunyai kesan koyak sedikit . Selalu juga di saat hujan merembes keluar , ayah aku akan pulang dengan basah kuyup . Keesokan hari pasti tubuhnya terbaring lemah dibaluti selimut tebal . Ayah aku seorang yang alah pada hujan . Kadang kadang ayah aku menyuruh memicit kepalanya . Hati aku muram . Aku buat dengan terpaksa sambil memarahi abahku dalam hati . Aku merungut kerana bagiku ayah aku telah mengganggu urusan ku . Langsung tidak pernah terlintas di hati aku bahawa ayahku telah bersusah demi keluarga yang dia bina . Demi kesenangan aku juga .
Aku terfikir kenapa ayah aku sanggup berkerja tukang kayu padahal sijilnya melayakkan dia mendapat kerja yang senang dan tidak menyusahkan . Ibu ku selalu bercerita mengenai ayah ku dan menjawab soalan yang bermain di fikiran ini . Kata ibu , ayah aku tidak suka sekadar duduk di pejabat dan membuat kerja yang senang lenang . Ayah tak suka makan gaji . cukup bulan aje tak perlu risau pasti gaji akan dapat . Ayah aku memilih berniaga kerana dia ingin membesarkan anaknya dengan titik peluh nya sendiri . Ayah aku puas dapat membesarkan anak anaknya dengan susah payah supaya anak nya akan menghargai jasa dia . 
Aku masih ingat lagi di saat aku memberontak apabila ayah aku memarahi aku kerana tidak pandai memilih kawan . Aku tidak suka ayah aku mengutuk kawan kawan aku . Tapi seringkali kawan kawan aku mengutuk ayah aku tetapi aku sekadar berdiam diri . Aku langsung tidak memarahi mereka . Kini aku merasakan aku terlalu jahat terlalu kejam pada ayah aku . Aku juga pernah membuatkan dia menangis saat aku membuat masalah di sekolah dan dia dipanggil untuk berjumpa pengetua . Ayah aku sering menahan malu apabila ramai yang mengata mengenai aku . Tetapi aku langsung tidak kisah . Langsung tidak menghiraukan perasaannya . 
Pernah juga saat dulu aku membencinya . Aku tidak suka dia berdakwah mengajak semua manusia mendekatkan diri pada tuhan . Bagi aku dia seorang yang kolot dan terlalu taksub pada agama . Aku saat itu tidak menyukai agama ku yang aku anggap menyusahkan dan memenatkan . Aku selalu buat tidak endah dengan tutur katanya . Aku selalu membiarkan dia kecewa dan terus kecewa kerana aku . Kadang kadang aku nampak dia menangis . Dia mengatakan dia seorang ayah yang tak mampu mendidik anaknya . Aku menangis saat itu . Dan saat itulah aku sedar bahawa dialah ayah yang terbaik . Yang tak pernah membenci aku biarkan beribu kali aku membencinya . Dialah ayah yang tak pernah membuang aku di saat aku banyak memalukan dirinya . Dia jugalah ayah yang selalu menarik aku membawa ke syurga firdausi . Dia ayah yang terbaik dan saat aku sudah berjaya ini aku dapat merasakan dia lah ayah yang patut aku banggakan . Dan aku terasa ingin menjerit saat ini mengumumkan bahawa aku mempunyai ayah yang begitu sempurna di mata aku . Yang selalu berlembut mengenai masalah anaknya yang selalu bertegas mengenai agama dan yang selalu berdisiplin mengenai kerjanya . 
Aku berjanji akan membahagia hari hari tua nya . Aku akan sentiasa mendahului dirinya walauapapun yang berlaku dan di saat roh nya di jemput ilahi kelak aku akan berada di sisinya mengajak dia mengucapkan kalimah tauhid di akhir hayat nya , aku akan menjadi makmum pada solat jenazahnya . Aku akan ikut mengiringi nya ke kubur .  Aku akan selalu berada di sisi kubur nya menyedekahkan al fatihah dan surah yasin . Dan aku akan membina sebuah keluarga seperti ayah aku . Aku akan pastikan dia bangga punya anak yang sentiasa menyayanginya . Terima Kasih ayah !

Hati itu menahan sedih . Matanya menitis air mata sayu . Kini dia di hadapan kubur anak nya . Anak yang pernah melukakan hati dan anak yang pernah membanggakan dirinya . Tangan itu tergetar getar mengusap batu nisan anak dia . Mulut itu perlahan lahan berkata "ayah dah maafkan kamu nak . Ayah bangga dengan mu biarpun kau sudah tidak menemani ayah . Ayah tahu kamu sedang menunggu ayah . Ayah akan datang satu saat nanti . Insyaalah kita akan dipertemukan . Biarpun kamu tak sempat menunai janji mu untuk menemani hari tua ayah namun ayah terasa bangga mampu menemani mu sepanjang hayat hidup mu nak . Terimalah al fatihah yang ayah sedekahkan ini . Ayah sayangkan kamu sampai syurga '.
 Ada tangan lembut menyentuh bahunya . Dia mendongak sedikit ke atas . Biarpun pahit namun dia cuba sekadarnya untuk senyum menyambut kekasih hatinya . Kekasih abadi , tidak ada yang mampu menggantikannya . 
 "Yang , anak kita orang yang baikkan ? dia anak yang kita sayang bukan ? tapi kenapa sekejap sangat tuhan kasi pinjam dekat kita ?' seakan akan soalan kanak kanak kecil yang tidak tahu apa apa tapi akal sudah tidak mampu menguasai jiwa yang di selubungi sedih .
 "Abang , sebab tuhan lebih sayangkan dia lah tuhan tak sabar nak kasi anak kita berjumpa Dia . Anak kita tu baik , insyaAllah dia akan diberi balasan yang baik '.
 "Ingat tak dulu abang pernah pukul dia . Lebam lebam badan dia . Kesiankan dia . Dah lah dia perempuan . Abang terlalu emosi kan waktu tu . Abang bukan ayah yang baik untuk dia'
 Kelopak mata isterinya bergenangan air mata . Sayu melihat suami yang terlalu menyayangi anak mereka .
 "Abang adalah ayah yang terbaik . Ayah yang tidak pernah membiarkan anaknya melakukan sesuatu dosa . Ayah yang tidak pernah melepaskan tanggungjawabnya mendidik anak menjadi insan yang soleh dan solehah . Buktinya anak kita telah pun berjaya menjadi wanita solehah bukan wanita murahan . Dia meninggal disaat dia sedang mencari ilmu agama . Dia mampu mengucap kalimah syahadah di saat akhir hayatnya . Apakah abang tak bangga ?'
 Isteri yang mampu menyenangkan hati suami . Dia bersyukur kala itu dikurnia isteri pencetus inspirasi dan pembakar semangat . Terima Kasih Ya Allah mengurnia segala kebaikan di sekeliling aku . Moga Aku sentiasa menjadi hamba yang bersyukur .

0 Comments:


Post a Comment