
Yana , I'm sorry
Rasa berhabuk sudah kayboard ni . Dah lama sangat tak sentuh . Memang banyak cerita nak diluahkan ni sampai tak tahu nak mulakan dari cerita apa dan diakhiri cerita apa .
Baru baru ni kita dah pun tengok dan bagi golongan yang layak mengundi . Dah pun memilih pemimpin yang mereka hendak . Kalah atau menang itu adat permainan . Tipu atau jujur itu adat dunia . Keputusannya kita harus terima . Hakikatnya itu memang takdir kita . Suka atau tidak semuanya dah berlaku dan hikmahnya ? kita selidik sendiri . Saya berharap pemimpin kali ni mampu memegang sifat adil mampu menjiwai sifat pemimpin yang mempunyai agama dan mampu membawa kita ke arah hadapan . Hadapan bukan bermaksud maju dari segi pembangunan tapi maju juga dari segi rohani , akal dan akhlak . Apa guna bangunan tinggi-tinggi tapi yang mengendalikannya seorang yang pemusnah . Bangunan yang cantik , gah tetap akan musnah kerana yang memajukannya adalah dari seorang yang pemusnah . Di sini saya berfalsafah tapi saya tahu semua orang faham maksudnya .
Lepas saja keputusan diumumkan , semuanya jadi kacau bilau . Haru biru . Kenapa ? Bukankah kita hidup saling memahami ? Kenapa payah sangat kita nak menerima takdir ? tanpa kita sedar amarah yang meracuni hati kita telah pun membuatkan kita menambah dosa yang memang sedia ada kita ini mempunyai banyak dosa . Kutuk mengutuk , maki memaki , gaduh bergaduh . Sampaikan kami yang masih muda setahun jagung pun sibuk bergaduh perkara ni . Sehingga sanggup hidup berpuak puak . Memulaukan kumpulan itu dan ini hanya kerana fahaman yang berbeza . Inikah yang kita nak lihat ? Islamkah yang ajar kita begini ? Fikir guna akal yang waras dan bijaksana jangan gunakan nafsu yang bermaharajalela .
Keduanya saya rasa terlalu tua dah bila ada yang makcik-makcik , ibu-ibu menanyakan mengenai KAHWIN . Ehem ! tua ke saya ni ? ada gaya rupa 28tahun yang terdesak sangat sampai kena mintak makcik carikan ke suami untuk saya ? Marah pun ada , malu pun ada . Tak patut betul bila KAHWIN dijadikan topik hangat . Rasa berasap telinga ni . Dan kenapa perlu perempuan seusia macam saya pun sibuk dah merancang pasal ni . Tak dengki pun tapi tak payahlah cerita depan saya . TAK SUKA OKAY! Berharap sangat jangan sebut pasal ni depan saya . Mungkin saya akan pengsan bila tertekan sangat dengan cerita pasal tu lagi . Huh ! lemas . Kenapa saya cakap macam tu ? Ni yang saya nak cerita ni . Hari tu ada makcik ni datang rumah saya dan usik saya dengan sesuatu yang saya TAK SUKA merangkap kepada saya sangat BENCI sehingga buatkan saya dah tak sanggup menahan marah dan nak menangis ni . Saya dah pun lari ikut adik pergi kenduri khatam quran dekat tanjung api . Memang dekat sangat dengan sekolah lama saya . Rasanya tingkatan 5 ada kelas tambahan masa tu sebab saya nampak ramai tengah pergi makan dekat medan selera berdekatan sekolah tu . Dan yang paling tak sangkanya dalam majlis tu ada guru disiplin sekolah IHSAN ! Ya Allah , rasa mahu pengsan sekejap dan terus terbang balik rumah . Tengok muka dia pun dah takut punyalah seram guru disiplin ni .
Masa mula-mula sampai tu , Okay tak kisahlahkan rumah dia , rumah kayu je mesti kenduri biasa-biasa ni tapi bila kaki kanan saya ni melekap di lantai depan pintu rumah tu saja terus terkejut . Mungkinkah saya termasuk pintu ajaib dalam cerita doreamaon tu dan sampai ke rumah yang cantik . Berkilau warna emas wahhh kalah rumah saya nampak ! memang cantik tahap 4 bintang . Satu bintang saya tak dapat beri sebab bila saya duduk aje dalam tu . Saya rasaaa.... P A N A S yang amat . Meleleh peluh ni . Rumah cantik gini rupa pun tak dapat beli aircond ke ? Haduih , melekit satu badan . Lagi satu yang mengagumkannya , majlis khatam quran ni memang dah serupa majlis kahwin orang kenamaan dah . Cantiknya siap ada tempat bersanding lagi untuk budak khatam quran . Hekeleh khatam quran je pun . Melebih tahap membazir dah ni . MasyaAllah . Sebelum majlis khatam quran tu bermula , majlis tahlil dibacakan oleh Cikgu Disiplin Sekolah Ihsan . Suara dia memang lain . Biasa dengar dia marah saja , kali ni dengar dia baca tahlil fuhh merdu pula . Caya lah cikgu disiplin ni ! Ingat reti rotan orang je .
Akhir cerita , saya nak minta maaf dekat yana kerana mungkin selama ini dan sekarang dan akan datang saya ada buat dia terasa hati . Saya harap dia akan faham kenapa saya rahsiakan masalah saya dan kenapa saya 'tinggal' dia sementara waktu . Saya betul-betul dalam masalah sekarang . Saya terpaksa ambil jalan ini . Dan jalan yang saya pilih ni perlukan pengorbanan yang bukan sedikit tapi saya tetap bertekad mengatakan ini JALAN HIDUP saya . Yang HARUS saya pilih . I'm sorry my dear :( Kesilapan lepas membuatkan saya terpaksa menderita 'sekejap'. Jangan risau mungkin akhri tahun ni atau awal tahun depan atau tengah tahun depan saya akan contact yana balik kay . Sekejappp aje .
0 Comments:
Post a Comment