STOP MOMENT: Percayalah qada' dan qadar Allah

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Hi... Welcome to my blog. Thinks possitive when you read my story , Don't be so rude with your own word !


owner

Contact Me

credits
11:22:00 pm | 0 Cloud(s)
Percayalah qada' dan qadar Allah

 Baru je habis baca buku Gadis Berniqab. So apa pengajaran yang saya dapat . Humpp banyak . Buku tu actually cara dia mengarang tak lah berapa kemas maybe tu first time kut dia mengarang . So nampak terlalu skema dan agak membosankan tapi bila habis baca tu baru dapat feel .
 Mengisahkan mengenai seorang gadis yang hidup didalam tarbiah islam . Mengajak manusia melakukan kebaikan . Mengikuti usrah , menjalani tarbiah yang syumul namun terjerumus ke kancah dosa hanya kerana cinta . 
 Lelaki itu anak ustaz juga mengajak manusia ke arah kebaikan dakwah sana sini namun kalah pada nafsu yang merajai hati . Sikap dia yang mengingin layanan perempuan membuatkan dia langsung tak ambil kisah mengenai tunang dia .
 Hanya kerana tunang dia seorang muslimah sejati yang langsung tidak memandang kemaksiatan itu sesuatu yang ringan . Yang tindak menganggap bertexting seharian suntuk yang hanya memperkatakan sesuatu yang langsung tak penting itu adalah bukan dosa . Yang tidak memandang berbual lamanya sehingga berjam jam yang sekadar berseronok menghilangkan rindu itu adalah bukan maksiat .
 Pertemuan mereka bagai diatur , direncanakan . Dia yang dulunya langsung tak melayani lelaki akhirnya kalah dengan lelaki itu . Texting seharian dan bila malam menjelma mereka berbual kosong berjam jam lamanya . Sehingga sampai suatu hari mereka kalah dengan perasaan sendiri . Pertemuan antara lelaki ajnabi dan gadis ajnabi tanpa mempunyai ikatan yang sah itu ditemani syaitan . Mulanya hanyalah sekadar berjalan , membeli buku dan duduk berdua tetapi syaitan pantas bertindak membuatkan mereka berpegangan tangan, sungguh tuhan masih menyayangi mereka . Kejadian itu disaksikan sendiri oleh tunang lelaki itu yang kebetulan kawan rapat gadis itu . 
 Sekian lama dia mencari ikhtiar untuk menyedarkan kawan dia dan pada akhirnya tuhan memberikan dia ilham . Disuruhnya gadis itu berkahwin dengan lelaki itu tanpa gadis itu sedari kawannya itu adalah tunang kekasihnya . Namun sebagai sahabat , kawan dia mengorbanan cintanya . Diputuskan pertunangan itu . Lagi pula dia tidak merasakan lelaki itu mampu mendirikan keluarga yang bahagia . Mana mungkin dia mampu menjadi suami dan ayah yang baik sedangkan dirinya sendiri dia tidak mampu jaga . Imannya tidak mampu dijaga , Nafsunya tidak mampu ditundukkan . Lelaki itu ternyata bukan bakal suami yang baik . Namun diletak syarat supaya perempuan itu tidak menghubungi kekasihnya dalam masa dua bulan dan pada masa yang sama disegerakan perkahwinan itu agar tiada lagi kemaksiatan berleluasa .
 Ternyata Allah itu maha penyanyang . Dalam masa dua bulan dia tidak menghubungi lelaki itu tuhan membuangkan rasa cinta untuk lelaki itu . Lelaki itu bukan jodohnya . Lelaki yang dia cinta itu bukanlah lelaki yang baik yang mampu membawanya ke syurga lelaki itu hanya akan mengheretnya ke lubang najis yang kotor . Menheretnya ke neraka jahanam . Adakah layak lelaki itu menggalas tanggungjawab sebagai suami nanti andai di waktu ini pun tidak mampu membimbing dia ke arah yag benar ? Akhirnya kisah cinta itu diakhiri dengan putus . 
 Atas kerana kekhilafanya dulu dia semakin giat mengikuti program program agama . Dan pada akhirnya dia tekad untuk memakai niqab . Kenapa memakai niqab ? ramai ulama memperkatakan mengenai aurat wanita . Namun muka itu tidaklah wajib ditutup biarpun begitu mengikut hadis dan sejarah islam , isteri isteri nabi kesemuanya memakai hijab di wajah . Dan dikatakan orang yang menghijabi wajah mereka dari dipandang lelaki pada padang mahsyar nanti golongan itu akan berdiri dihadapan setanding dengan orang yang alim . 
 So pengajaran dari cerita itu cinta monyet itu akan disertai dengan nafsu . Nafsu itu mampu membawa kita jauh tersimpang jalan dari jalan yang diredhai-Nya . So tak payahlah nak bercinta . Bila terbit rasa suka , mohonlah kepada Allah agar menjaga rasa itu dari berlandaskan nafsu . Luahkan rasa cinta itu bukanlah selayaknya diluah pada lelaki atau gadis yang kita suka tapi layaknya diluahkan pada Allah . Simpan cinta itu dan bila sampai waktu sesuai luahkan pada BAPA dia bukan pada dia . Ikatlah hubungan itu dengan pertunangan insyaallah syaitan akan kecewa kerana tidak mampu meruntuhkan iman dalam hati mu . Mungkin kita akan terfikir andai tidak diluah pada Dia , nanti melepas . Oh tidak ! jodoh kita telah ditetapkan sebelum kita lahir didunia lagi . Larilah satu dunia pun jodoh tetap jodoh . Dia tetap milik kita . Rapatlah serapatnya andai dia bukan jodoh pasti jauh akhirnya . Beriman pada qada' dan qadar Allah ternyata membuatkan kita tidak dirundung rasa tergopoh malah memberikan kita ketenangan . Andai dia bukan milik kita , dia pasti akan pergi biarpun kadangkala perginya itu memberi sejuta pilu . Andai dia milik kita , jauhlah macammana sekalipun akhir kebahagian itu pasti bertemu . Namun bukanlah sekadar menanti dengan penantian yang kosong . Menantilah ia datang dengan usaha . Usaha menjadi muslimah sejati . Mempersiapkan diri dengan menambahkan ilmu dari pelbagai aspek . Insyaallah pada akhirnya penantian kita tidak akan menjadi sia sia . Datangnya jodoh yang baik selayaknya untuk orang baik . Datangnya jodoh yang kurang selayaknya untuk orang yang kurang baik .

0 Comments:


Post a Comment