|
|
Entry About Shout Friends Follow D'Board |
owner
Contact Me
credits
|
Pejam mata and bayangkan siapa yang paling rapat dengan kita . Kawan ? Apa makna persahabatan sebenarnya . Banyak buku aku baca mengenai kawan tapi aku still tak faham kenapa erti sahabat tu semacam tiada tanggungjawab . Kalau guru dengan murid ada tanggungjawwab , kalau anak dengan ibu pun ada tanggungjawab tapi kenapa sahabat sesama sahabat semacam tak ada . Siapa sahabat eh ? seorang yang sangat rapat dengan kita ? tapi kalaulah rapat tu cuma untuk kegunaan dia saja , apa faedah sahabat dia lagi seorang tu akan dapat ? Hidup semua perlu ada sahabat . Tapi payah nak cari orang yang betul betul kenal erti sahabat . Bagi aku sahabat tu umpama sayap kepada burung . Tanpa sayap burung tak mampu terbang mencari makan , mencari tempat tinggal dan akan menyusahkan burung itu melakukan sesuatu . Jadi sahabat tu memang penting . Tapi berapa ramai yang tahu sayap pun memerlukan burung ? Sayap perlu dibersihkan , sayap perlu dirawat , dan semestinya burung itu perlu sayang pada sayapnya . Tapi selalu aku rasakan burung itu abaikan keperluan sayap . Dia hanya gunakan sayap untuk diri dia . Dia langsung tak hargai sayap yang membantu dia . Andai sayap itu sakit dibiar sampai satu ketika sayap itu tidak mampu berfungsi lagi . Burung itu cacat dan waktu itu dia akan hargai nilai sayap itu . Macam sahabat , waktu dia susah kita bantu , waktu dia luah kita dengar , waktu dia sunyi kita hiburkan tapi bila kita kata kita sedih dia abaikan . kenapa ? Kita cuba sabar . Kali kedua kita ada masalah , kita tanya pendapat dia , dia tak ambil peduli . Cuba lagi untuk faham dia . Kali ketiga kita rindukan dia tapi dia beralasan sibuk akhirnya kita tak mampu sabar tak teguh untuk faham kita biarkan dia . Waktu tu baru dia sedar betapa susahnya dia tanpa kita . Selalu mungkin terjadi macam ni kan ? kalau kita saling lengkap melengkapi , saling bantu membantu , saling faham memahami mesti kita tak perlu bertelingkah mengungkit ketidakpuasan hati . Akhirnya aku mengeluh , huh! Manusia sememang sukar untuk menghargai . Sahabat pun perlu tanggungjawab . Hargai ? bila sahabat aku perlu pertolongan aku fikir andai itu pertolongan terakhir yang dia minta perlu ke aku abaikan ? Tapi kenapa tak semua fikir macam tu . Akhirnya aku jumpa buku kembara hamba mencari cahaya . Disitu aku baru tahu sahabat ialah pertalian ukhuwah kita sesama manusia . Bersihkan semula niat hati kita . Bersahabatlah kerana Allah nescaya kita bahagia . Sayang dia jangan harap disayang kembali , bantu dia jangan harap dibalas kembali , nasihat dia jangan mengharap dia akan melakukan yang serupa . Lakukan dengan ikhlas anggap itu tanggungjawab yang kita perlu langsaikan . Berharaplah moga allah memberi kita pahala . Andai dia tidak hargai kita , andai dia tidak membalas jasa baik kita , andai dia langsung tak mengenang budi kita , andai dia tikam belakang kita . Itu urusan dia dengan Allah . Bukan dengan kita . Jadi jalinan sahabat itu hanya perlu keikhlasan . Dan sebagai manusia , aku bersahabat dengan semua kerana Allah . Biarpun terkadang terasa jugak jasa kita tak dibalas tapi tu lumrah . Bak kata adik aku yang 5tahun tu , Takpe orang memang macam gitulah kakngah . Haha , aku tergelak sakan , adik aku yang kecil pun faham . Bagus jugak dapat nasihat dari yang cilik ni . Moga korang pun bersahabat kerana Allah . Ingat ! hargai sahabat kita sebelum dia pergi tinggalkan kontang kanting sorang . Time tu aku tunjuk ibu jari je lah dengan korang . Padanlah dengan muka korang . Haha kay gurau je lah .
|
0 Comments:
Post a Comment