STOP MOMENT: Sedarlah dari leka

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Hi... Welcome to my blog. Thinks possitive when you read my story , Don't be so rude with your own word !


owner

Contact Me

credits
6:59:00 pm | 0 Cloud(s)
Sedarlah dari leka

 Nak balik dah ni , Bye :D
 So, sebelum balik izinkan i nak kasi pesan sikit eh ?
Ujian selalu ada bukan ? sentiasa akan datang , kadang kadang secara mengejut kadang kadang dia datang perlahan lahan tapi impaknya sangat memberi kita kesan yang banyak . Wah cakap macam prof mana je aku ni . Sorry tak ada graduate pun lagi . Hehe . So anggap aje ujian itu umpama gegaran bagi kita yang lena . Nama pun manusia . Manusia ni memang senang lupa , senang leka dengan apa yang dia ada . Lagi lagi kalau kita dapat nikmat banyak banyak , Haa time tu kita akan lupa dengan tanggungjawab kita kepada Sang Pencipta kita . Biasanya, manusia yang dapat kesenangan yang banyak lebih cenderung menggunakan atau dipergunakan oleh kesenangannya supaya lebih jauh daripada Allah .
 Jadi disebabkan tu , kehidupan ni WAJIB digegarkan oleh Raja segala raja macam orang yang mengantuk digegarkan oleh member kat sebelah dia supaya terjaga . Macam tu jugaklah dengan ujian ujian yang diturunkan kepada kita . Anggaplah ujian itu sebagai satu kejutan seakan akan seruan lembut dari Ilahi "sedarlah daripada kealpaanmu dan rapatlah kepada-Ku" Jadi , sama sama lah kita memandang ujian tu sebagai tanda Allah kasih dengan kita . Macam aku ni ? Tiba tiba je muka bersih jadi hodoh . Waktu tu aku terfikir mungkin Allah nak kejutkan aku , ye lah aku ni kadang koya comel so tuhan nak tunjuk yang cantik or hodoh , Allah boleh tukar dengan sekelip mata so janganlah alpa dan leka dengan nikmat itu . Insaf sekejap aku bila muka hodoh ni . Alhamdulillah tak lama pun muka hodoh ni melekat dekat aku . Nasib tuhan tarik comel tu kejap . Sekarang dah comel balik Hahaha aduh belagak lagi ni kang ada kena balik hodoh . Okay taknak ! saya biasa je . -.-
 Yakinlah semua ujian tu tuhan takkan cipta dengan sia sia . Bila kita ditimpa ujian , marilah analisis diri . Mungkin ada sebab kenapa tuhan beri kita ujian macam tu . Kita tak selalu memerhatikan dan meneliti apa yang diberi or maybe ilmu kita masih belum boleh menggapai untuk menyedari hikmah-Nya.Satu perkara yang harus kita tanam dalam jiwa ialah bersangka baik kepada-Nya dalam segala hal . Kita kena faham dia maha mengetahui , dan kita langsung tidak tahu apa apa . "Boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia amat baik untuk kamu . Boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk untuk kamu . Allah mengetahui , sedang kamu tidak mengetahui"surah al-baqarah ayat 216 . See ? example yang easy aku kasi eh ? maybe kita fikir ex kita tu terbaik untuk kita and kita terlalu sayangkan dia tapi kenapa takdir memisahkan kita ? Kenapa allah menetapkan kita tidak lama dengan dia ? Kenapa allah biarkan kita bersedih kerana kehilangan dia ? sebab Allah tahu itu bukan terbaik untuk kita biarpun kita menegaskan dia terbaik dari golongan yang terbaik tapi siapa kita untuk menafikan takdir kita ? Dia maha mengetahui dan maha penyayang pastinya tidak akan biarkan kita memilih yang salah jadi dia telah membuatkan ex kita hilang rasa sayang untuk kita , Dia telah buat ex kita membuat keputusan break supaya kita kecewa dan kita akan mengadu pada yang maha Esa . Dia sentiasa menunggu kita untuk mengadu pada dia . Dia sangat suka umat yang berdoa dan memohon hajat padanya bukan menyalahkan takdir . Yakinlah Jodoh kita telah ditetapkan di luh mahfuz sana . Biarkan kita nak orang lain jadi jodoh kita tapi tuhan maha berkuasa atas segala galanya . Kita hanya mampu merancang tuhan yang tentukan right ? 
 Ada jugak yang yang cakap mereka tak pernah rasa senang . Hidup penuh ujian macammm aku kut :D . Hidup penuh kesengsaraan . Sesungguhnya Allah mengetahui . Ada kemungkinan kesenangan tidak datang kepada kamu , kerana Allah maha mengetahui kamu pasti menggunakan kesenangan itu untuk kemungkaran kelak" 
 Tidakkah kita menyedari ?
 Mungkin kita akan kata "mana ada , aku akan gunakan sebaik baiknya kalau aku dapat nikmat itu dan ini" tapi macam aku cakap tadi siapa kita nak tanding pengetahuan Allah yang maha mengetahui ? Kita sendiri nampak ramai orang yang hidup dengan kesenangan tapi tertipu dengan kesenangan . Tidak punya ketabahan macam yang kita tabah hadapi kesukaran , tidak punya hubungan rapat dengan Allah seperti kita yang sering kali mendekati Allah , mengadu , memohon bantuan dan pertolongan . Agaknya macam manalah kalau keadaan kita diberikan kesenangan ? Tidakkah kita memahami dan memerhati . Aku pun kadang kadang mengeluh mengenang nasib aku tapi bila fikir fikir balik ini mungkin kebaikan untuk aku tapi aku je yang buta hati tak nampak . So senyumlah hadapi hidup sehari hari aku , sebab tu bila aku merintih akhir sekali aku pasti akan minta katabahan dari allah kerana Allah takkan menguji hambanya dengan ujian yang kita tidak mampu hadapi . Cuma Allah je yang faham dan menjadi tempat aku mengadu . Allah sebenarnya nak jaga kita , muliakan kita dan mengangkat kita . " Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah . Dan sesiapa yang beriman kepada Allah , pasti dia akan memberi petunjuk kapada hatinya , Dan allah , pasti dia akan memberi petunjuk kapada hatinya.Dan allah maha mengetahui segala sesuatu:surah at-taghabun,ayat11 . Tidakkah kita rasa bahagia ? Okaylah bye . Nanti balik sini lagi aku update cerita baru . Tata

0 Comments:


Post a Comment