STOP MOMENT: Untungnya Ada Nabi

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Hi... Welcome to my blog. Thinks possitive when you read my story , Don't be so rude with your own word !


owner

Contact Me

credits
8:23:00 pm | 0 Cloud(s)
Untungnya Ada Nabi

Sejak aku dah mula suka baca buku islamik ni macam  macam effect posotive aku dapat , Alhamdullilah . Baru baru ni aku baca buku pasal sakaratul maut . Buku tu memang best . Bayangkanlah kita nak mati nanti pun syaitan still akan hasut kita supaya kita mati dalam kekufuran sebab tulah setiap kali lepas solat kita kena selalu doa minta dimatikan dalam keadaan beriman . Haa nak share cerita ni , buku tu ada bagitahu time kita nazak memang dah nyawa nyawa ikan gituu akan didatangkan 2 syaitan yang menyerupai ibu bapa kita or siapa je lah yang paling kita sayang dekat dunia ni kalau kita sayang pakwe , maka syaitan tu pun akan berupa pakwe kita tu then dia akan ungkit segala pengorbanan dia supaya kita rasa terhutang budi and dia akan suruh kita mengikut agama nasrani or yahudi . Bayangkanlah if ibu kita duk cerita betapa payahnya dia melahirkan kita , dia menyusukan kita , dia korban segalanya untuk kita dan dia pinta satu permintaan je iaitu masuk agama yahudi . apa kita buat ? Haa kalaulah orang tu tiada iman di dada pasti dia akan tunaikan permintaan sebelum menghembus nafas terakhir , ending cerita dia dah kafir . Orang yang kafir akan duduk dalam neraka sampai bila bila tau . Tahu kan betapa terseksanya duduk neraka tu ? kita akan rasa dahaga yang teramat . Kita kat dunia ni kalau dahaga sangat sangat bagi je lah air apa pun comfirm telan . Dekat neraka  if minta air dia kasi air yang boleh kasi perut kita mendidih memang masaklah usus kita tu , makan pula ? tak payah cerita ah . Dia comfirm kasi buah zakum iaitu buah yang  berduri dah boleh membuat usus kita terkeluar . Fuhhh tu baru sikit tu . Memang banyak lagi lah seksaan kena terima mengikut kehendak Allah . Tapi kalau kita mati dalam keadaan islam tapi banyak buat dosa pun kita masuk neraka jugak tapi tak forever lah kan . Tahu tak siapa yang akan tolong selamatkan kita dari kena seksa lama lama ? Eh bukan mak bapak kitalah ! bukan boyfriend yang kita duk sanjung tu tapi nabi kita sendiri . Nabi kita tu dari sejak baginda hidup lagi selalu menangis ingatkan umat dia tapi kita ? pernah ke menghargai dia ? pernah ke menangis kerana dia ? sambut maulidur rasul pun tak kan . Memang kejam . Waktu di padang mahsyar pun baginda jugaklah yang tolong kita supaya hilangkan matahri sejengkal dari kepala kita tuhh . Sungguh nabi itu sangat menyayangi kita melebihi kasih seorang ibu kepada anak . So lepas ni apa kita kena buat untuk tunjuk kita sayang nabi kita ? bukannya tweet SAYA SAYANG NABI SAYA tapi tak buktikan pun . tak ada guna jugak . Sewajarnya selalukanlah selawat ke atas baginda moga moga baginda mengaku kita ni umat dia and dia akan heret kita masuk syurga . Korang taknak ke ? mesti nakkan so usaha dari sekarang . Sedar atau tak sebenarnya kita hidup ni umpama setengah jam je yang lain semua di akhirat nanti . Kehidupan yang kedua yang kekal abadi . Apa guna kaya setengah jam tapi lepas tu miskin selamanya . apa guna seronok setengah jam endingnya kita sengsara di sana nanti , apa guna bahagia setengah jam akhirnya merana and menyesal seumur hidup ? biarlah kita korban setengah jam mengabdikan diri pada yang Esa moga lepas tu kita akan bahagia selamanya . Haha best kan ? so fikir fikir kanlah takkan 'setengah jam' pun tak boleh ? :D

0 Comments:


Post a Comment