STOP MOMENT: Hidayah Milik Allah

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Hi... Welcome to my blog. Thinks possitive when you read my story , Don't be so rude with your own word !


owner

Contact Me

credits
4:21:00 am | 0 Cloud(s)
Hidayah Milik Allah

 Haa lama betul tak dapat jenguk blog . Wow rasa macam excited gila dapat taip setiap huruf yang dapat kasi aku senyum sepanjang malam ni . Actually banyak benda aku nak kongsi . Selama hampir sebulan ni aku dapat banyak exprience lah . Aku pun dapat rasa yang impian aku selama ni nak berubah 100 percent betul betul berada dalam genggaman . Well sebenarnya bukan senang nak ubah benda yang kita dah biasa tapi percayalah dengan azam yang kuat , dorongan and paling penting muhasabah diri sendiri . Dulu aku memang jenis suka salahkan orang . Tak pernah nak nampak salah diri macam dah perfect sangat je kan diri ni tapi bila aku tengok balik punyalah lama aku tak buat spotcheck diri . Hampir 3tahun jugaklah . Bayangkan selama ni hidup aku hanya bergantung dengan orang and yang paling kejam sekali menyusahkan orang and bila dah check diri sendiri terus automatik muka tertunduk dengan sendirinya . Pertama kali nya dalam kesyahduan aku menangis atas sejadah pulak tu (dramatik ah sikit) sungguh aku malu . Malu dengan orang keliling aku , malu dengan musuh aku , malu dengan kawan aku , malu dengan mak bapak aku and yang paling utama aku malu dengan tuhan . Betapa aku langsung tak pernah rasa syukur dengan segala yang aku ada . Aku ada mak ayah , ada agama yang cantik , ada tuhan yang adil , ada rezeki yang paling penting aku dicipta sebagai perempuan . Kalaulah semua perempuan tahu bahawa menjadi perempuan adalah sangat simple sebab waktu kecilnya dia cuma perlu berbuat baik pada ibu bapa dan taat pada tuhan je and bila dah berkahwin dia kena taat pada suami and mengikut segala perintah allah juga tinggalkan segala larangannya pun begitu masih ramai perempuan masuk neraka . Why ? aku tak pelik sebab aku sendiri perempuan , hati perempuan memang cepat tergoda sebab tu lah aku rasa waktu nabi adam duduk di syurga bersama hawa , syaitan hanya berjaya menghasut keduanya setelah dia menghasut hawa . Nah terbukti di situ betapa luluh hati perempuan ni . Hamboiii siapa yang baca ni mesti rasa aku agak koya kan . Ye lahh , maklum lah orang baru dapat hidayah tapi percaya atau tidak inilah yang aku nantikan selama ni . Jiwa aku yang paling penting sekali memang dah tenang . Rasa nak tidur pun lena dulu if nak tidur gelisah pahceroh sibuk mencari handphone duduk onthephone lama lama . Sungguh aku rasa bersyukur sangat betapa selama ni aku kufur dengan nikmat allah , melakukan dosa tanpa pernah fikirkan mati , membelakangkan hukum agama , menafikan dosa dan pahala tapi itulah yang dinamakan Allah itu Maha pengasih . Biarpun hamba dia ni jahil , kufur  , babil pada dia tapi masih jugak dia mengasihi hamba dia . Bersyukur jugaklah sebab allah bagi hidayah sebelum nasi jadi bubur . Cuba bayangkan kala itu aku kemalangan kut kut lah patah riuk badan baru nak insaf tak ke rasa menyesal tak sudah . Mungkin jugak waktu tu aku dah takde tempat bergantung terdampar macam orang sesat kat pulau tu haa , yang paling aku takut aku hilang mahkota aku baru aku nak insaf memang time tu menangis berlagu lagu rockers lah nampaknya . Maklum lah selok sangat time tu . Sebenarnya aku ada niat nak buat blog yang berguna bukan blog duk cerita benda tak faedah macam sekarang aku buat ni tapi kan kan aku tak berapa retilah nak designkan blog tu . Aku haraplah ada makhluk allah nak tolong aku buat kerja amal sikit ni . Well aku memang suka sangatlah bab buat karangan ni so apa kata aku try manalah tahu lepas ni boleh jadi pengarang buku , haa sabit tak ? haha berangan tak sudah aku ni tapi takpelah kan . Bukan berbayar pun angan angan ni . Free of charge lahh . Kepada yana aku harap dia bahagia selalu tapi percayalah yana , aku tak pernah lupakan kau supaya dapat hidayah sama macam aku . Aku nak sangat kita berkawan biar sampai ke syurga . Andai aku ada ilmu nanti aku comfirm akan ajak kau ikut cara hidup islam sebenarnya yang jauh dari maksiat yang jauh dari kesesatan tapi sayang aku terlalu naif buat waktu ni . Aku harap yana akan baca blog aku ni . Rasa menyesal bertimpa timpa bila teringat balik betapa jahatnya aku waktu yana luahkan masalah nak break dengan rahim kalaulah waktu aku boleh bagitahu yana yang rancangan dia memang bagus . humppp aku tahu ni semua ketentuan takdir . Okaylah rasa macam banyak sangat dah aku tersasul dan melalut tapi . Akhir kata aku nak bagitahu aku tersangat bahagia sekarang ni moga hingga akhir hayat nanti aku jadi muslimah sejati yang jauh lebih berharga . Aku taknak dipandang wanita yang bertudung tapi langsung tiada iman dalam dada . Jadi perempuan luar biasa yang jauh lagi mahal lagi bagus . Moga neraka bukan tempat ku . Aminn

0 Comments:


Post a Comment