|
|
Entry About Shout Friends Follow D'Board |
owner
Contact Me
credits
|
Baru baru ni aku ada baca lah sinopsis satu buku ni tapi tak adalah khatam satu buku tu aku baca . Just sinopsis okay . Apapun memang aku sukalah kata kata tu , memang kembang habislah . Siapa tak bangga dipuji kan ? Well macam pelik je kan , Kenapa pulak buku tu tetibe puji aku ? Dia kenal aku ke ? Eh tak lah , dia puji wanita . Wanita tu aku lah jugak kiranya kan kan . So biarlah aku nak copy sikek ayat dia sebab rasa rugi je tak kasi koang baca ayat ni .
Daripada Ummu Salamah katanya "Aku bertanya pada baginda : Wahai Rasulullah adakah wanita di dunia lebih baik dari bidadari ? Jawab rasulullah s.a.w : Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagai mana yang zahir lebih baik dari yang batin . Wanita adalah ciptaan tuhan terhebat . Sehingga ada yang mengatakan andai mereka tidak wujud , sepilah dunia ini . Jika itu hakikatnya , tidak berbanggakah kita dicipta sebagai wanita ? Ya , daripada kita juga wujud seorang yang bijaksana dan daripada kita jugaklah lahir seorang rasul ! . Maka benarlah sabda nabi , wanita itu lebih baik daripada bidadari syurga . Fitrahnya .. kita sebagai wanita tidak akan sepi dengan cubaan . Semakin menjauh semakin pulak mendekat . Andai demikian , bangunlah segera . Carilah punca dan berusahalah memurnikan sebelum ia membakar diri. Ingatlah .. wanita hebat ialah apabila seluruh hatinya disediakan kepada Pemilik , bukan hanya meratapi takdir yang tertulis . Teruslah menjadi insan terhebat yang dapat menggoncang dunia , menggengam bara walau diuji bertubi-tubi . Nah , tengok tu ! nabi puji kita lah :D haha , well bangga gila sebab kita better dari bidadari . Haa , sedangkan adam boleh sepi tanpa hawa inikan lelaki di dunia comfirm boring je hidup tak ada aku kan kan . (okay , ni dah tahap maxi dah ni berlagaknya) . Tapi tak kurang jugak ada wanita yang boleh kita serupakan dengan keldai or whateverlah yang buruk . Kenapa ? sebab dosa yang diorang lakukan lah . Kali ni aku petik sendiri dari internet . Copy paste je sebab kalau guna ilmu aku memang sesatlah korang . Aku ni serba naif bab bab gini tapi apa pun berusaha , Caiyok ah fiza ! Antara kesalahan yang paling ramailah wanita buat 1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki. 2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya. 3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya. 4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas. 5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang. 6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya. 7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib. 8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta. 9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.
Hamboi , taip taip sampai sejuk breakfast aku , tadi aku rembat orang punya je now kasi aku pulak share cerita pasal.... pasal akulah ! siapa lagi .Haa panjang pulak dah hafizah ceramah . Bukan apa , aku ada baca satu ayat ni katanya "Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qardhawi . Haa korang tahukan pahala jihad tu besar mana ? wow , rugilah ada blog tapi tak ada manfaat pun . Walaupun aku tak boleh duduk atas mimbar berdakwah pada umat akhir zaman but at least masih boleh berdakwah cara gini kan . Semalam baru je aku dengar satu hadis . Hadis tu berbunyi bagini ehem ehem waktu zaman dulu ada satu bandar yang Allah ingin malaikit jibril terbalikkan maka malaikat ni pun bagitahulah kat Allah yang masih ada seorang yang beriman di bandar itu maka Allah berkata terlingkupkan segalanya . Kenapa ? sebab laki tu tak pernah risau akan orang keliling dia yang bergelumang dengan maksiat dan dosa . Haa conclusion nya cuba lah imaging kita ni nampak member kita buat maksiat tapi kita buat tak tahu je . Kita pun kira bersubahat lah tu . Tambah dosa kita . Aku pun dulu macam tu jugak *tunduk muka* tapi sekarang ni aku akan cuba dakwah dekat korang . Aku taknak nanti di tanya kenapa aku buat don't know je pada sekian sekian hari ? haa guane eden nak cakap tu ? Tak pasal pasal kita pun masuk neraka sekali . Kalau masuk syurga sekali tak pelah kan . Ops melalut dah ni actually aku nak cerita pasal aku tercerita pulak pasal hadis tu . Haa nak bagitahu aku kalau boleh lepas ni nak pakai purdah je keluar . Why ? sebab ada satu hari ni aku keluar pergi klinik je kut kat balok sebab kaki sakit , sakit apa tu tak payahlah korang tahu . Time tu aku pakai purdah tau and aku dapat rasa lain tu . Laki lalu sebelah aku buat tak tahu je dekat aku , laki naik motor tak ngorat pun aku . Ya Allah best nya ! kenapa aku cakap macam tu sebab sebelum ni nak pergi kampung seberang je kut tapi laki sibuk nak hai hai , sibuk nak ngorat minta no . Aku rasa tak aman je . Sekarang aku dapat rasa ketenangan sebab ke mana aku pergi aku takkan menarik minat lelaki untuk memandang . Haa lagi satu sebabnya ialah banyak kelebihannya contohnya
1. Allah swt tingkatkan nur wajah 13 x ganda dari wajah asli.
2. Di akhirat Allah swt akan tingkatkan kecantikannya 70 x ganda dari kecantikan bidadari La aiba. Seorang bidadari yang Allah swt ciptakan dengan tangan-Nya sendiri
3. Di surga ada pasar hari Jum`at, orang semua pergi menjumpai Allah swt, tetapi orang yang pakai purdah di dunia ditemui Allah swt lagsung ke kamar- kamarnya.
Nampakkan , betapa best nya ! tapi janganlah pakai purdah saja tapi solat tinggal . Hampeh ah gituu . Alhamdulillah sekarang bahagia telah dianugerahkan pada aku . Korang bila lagi nak rasa macam aku rasa ?
|
1 Comments:
Alhamdulilah...
Alhamdulilah...
Alhamdulilah ..
Sudah 1 tahun lebih pakai purdah nikmat ...rasa free x kata ...
Kesihatan pun alhamdulilah selama 25 tahun umur anak sulong ...skrg dah 26 tahun... mama masih bernafas alhamdulilah syukur sgt rezeki yg allah bg ... tq ya Allah bg peluang kedua nie... insyaallah jadi yg terbaik.
Post a Comment