STOP MOMENT

Entry About Shout Friends Follow D'Board


  • Hi... Welcome to my blog. Thinks possitive when you read my story , Don't be so rude with your own word !


owner

Contact Me

credits
4:11:00 pm | 0 Cloud(s)
Viva Intergrated Crew

Selamat tahun Baru Cina dekat semua kaum and keturunan cina . Amacam cuti cina kali ni ? Best tak ? 

 Bagi orang cina , angpau tu yang best tapi orang tak berbangsa cina macam aku ni limau tu yang best hahaha dan yang paling penting CUTI lahh kan kan . Ke korang tak minat cuti ? Hamboii tak pernah lagi dalam hayat aku orang tak minat cuti . Korang jangan jadi pelik sangat . Pasal orang cakap kalau perangai pelik dalam 40 hari haa tanda korang nak pass away lah nampak gayanya . Tak gituh ? hahaha debar tak ? kalau takut mehh lah cepat cepat solat taubat .

  So berbalik pada cerita tahun baru cina kali ni dan di tahun ini , Aku just pergi terengganu . Seronok ? haish dah bila dikatakan pergi bercuti tu sememangnya seronok .
tapi bagi aku hmmm kosong je . Haa ni yang rasa nak nyanyi lagi najwa latif ni . Kosong kosong oo ~

  Kenapa pulak ? dah sebab aku bercuti bukan dengan family so tak best lah . Tak selesa wehh duduk dengan family orang biarpun orang tu aku rapat macam isi dengan kuku . Papepun ada jugak yang best nya . Macam menipu pulakkan kalau aku cakap tak best langsung . Nak dengar tak ? taknak dengar pun kena jugak dengar tau ! hohoho paksa orang pulak dah . Aku pergi konvoi viva ke terengganu . Nama group tu viva intergrated crew . 

  Pagi tu kitorang bertolak dalam pukul 10 pagi . Semua berkumpul dekat highway nak ke kemaman . Time tengah bincang bincang tentang perjalanan tu tiba tiba kawan kepada abang kawan aku ni pengsan. Kebetulan pulak dia jatuh tu kepala dia betul betul kena batu so terkoyaklah sikit kulit kepala dia . Banyak jugak darah yang keluar . Terpaksalah abang aku bawa dia ke hospital kemaman . Dah tu kitorang yang naik kereta abang eila ni terpaksalah tumpang kereta orang lain . Nama dia balqis , baiklah kut . hohoho bukan nak kata jahat tapi tu lahh tak tahu dia tu macam mana . Dia macam tak selesa je kitorang tumpang kereta dia . Arghh lantak lah ada aku kisah ? pasal apa kawan abang eila tu pengsan aku tak pasti . Dengar diorang cakap sebab tempat diorang berhenti tu memang selalu berlaku kemalangan so keraslah tempat tu . Jadi benda tu nak kan darah tu jadi kes macam tu . Honestly aku memang tak percaya cerita karut macam tu . Sorry to say lah kay . Kitorang teruskan perjalanan ke terengganu .

   Aku yang dalam kereta tu pulak hadoii tengah menahan sakit perut . Waktu tu jugaklah nak gastriknyaa . Aku malas nak susahkan sesiapa hantar aku ke klinik sebab ibu eila pun dah membebel macam apa pasal kawan abang eila yang menyusahkan . Haa takkan aku pun nak kena bebel kan kan ? lagipun aku boleh tahan . Selagi mampu tahan aku tahan . 
     
     Kami sampai terengganu waktu tu dah pun petang sangat . Mungkin dalam pukul 6 kalau dengan family . Pergi pagi tengahhari dah sampai tapi ni konvoi haa lambatlah jadi nya . Kami berhenti dekat masjid terapung . Tunggu abang eila datang terengganu . Tadikan dia pergi hospitak kemaman so lambatlah datang sini . Sambil tunggu tu sempatlah diorang bergambar . Aku tak ada pun waktu tu sebab aku sakit perut . Duduk dalam kereta . Alah kalau aku sihat sekali pun aku takkan bergambar sekali dengan diorang sebab aku tak rapat dengan diorang . Ramai lelaki dari perempuan so susahlah nak rapat . Aku , ibu eila dan eila semuanya duduk dalam kereta je .

Abang eila sampai waktu tu dah masuk maghrib . Semua bergerak pergi ke chalet . Tak silap aku nama tempat chalet tu CHALET RHU MUDA kut hohoho lupa nak baca haritu :P
sampai je bilik terus terlentang atas katil . Hadoii sakit badan aku berlama dalam kereta . Malam tu ada barbeque pulak . Ibu eila dah terkena jangkitan aku . Aku sebenarnya waktu tu baru baik demam  , ibu eila pulak yang demam . Kesian dia esh esh , alah aku tak salah lah sebenarnya *taknak mengaku


   Malam tu aku dengan eila je yang pergi yang pergi barbeque sebab ibu eila demam . Mula tu aku lepak dengan eila je lepastu meja depan aku waktu tu ajak join diorang . So diorang ni kenalkan lah diri . Orang dungun diorang tu . Umur dalam lingkungan 28 tahun hingga 23tahun macam tu lah . tapi masalahnya diorang ni pengkid . Siap minta number phone lagi . Alahaiii geli pulak rasanya . Asyik pandang atas bawah atas bawah je . Barbeque tu habis dalam pukul 12 tengah malam . Lepastu diorang semua karaoke sampai bila entah aku tak ambil tahu sebab pukul 12 tu aku dah pun diulit mimpi yang tak berapa nak indah jugak .
   
   Tengah hari esoknya kitorang semua pergi pasar payang . Nak bagitahu korang ni yang aku sememang nya tak suka ke pasar . Sesak sempit dan melemaskan . Aku tak beli apaapa pun . Jalan kejap then duduk je tunggu orang siap . Petang tu pulak kitorang pergi masjid kristal . Tak buat apa apa pun setakat bergambar je lepastu terus balik . Nampak simple kan tapi balik time maghrib jugak . 

 Eh eh alaa aku nak sambung cerita lagi tapi tak boleh dah . Perut aku berbunyi ni minta diisi . Sampai sini pun dah penat aku menaip . Okay lahh bye semua !








6:25:00 pm | 0 Cloud(s)
November Yang Beruntung

Hye , wonderfull today . hahaha pasal apa pulak hari ini jadi wonderfull ? Haa , sebab hari ini cuti so wonderfulllah jadi nya . Happy sangat sebab tak sabar nak holiday panjang panjang . Nak pergi jalan je . Tak nak lekat rumah langsung kalau boleh. Macam tak sangkakan ? dah besar rupanya aku ni . Umur je matang tapi perangai tak matang matang langsung . Haih , bilalah awak ni nak matang ya fiza . Lagilah happy pasal lepas ni dapat kerja . Dah kerja nanti duit pun banyak masuk maa . Siapa tak suka duit ? Haih awak memang orang terbaiklah kalau tak suka duit .  Sekarang ini pun tengah terfikir fikir nak shopping baju . Almaklumlah , hujung tahun macam sekarang memang banyak sangat less price . Tak percaya ? meh meh kita ke bandar sekarang . tapi nak tunggu lagi murah haa tunggu bulan Disember ni . Comfirm kaum wanita menjerit bagai ada durian runtuh . Fuhh gila jadinya .


   Yana pulak dah mula buat aku pasang angan angan nak holiday dengan dia . Baru semalam ajak aku nak ke gambang waterpark . Lepas tu Ipoh pulak . Adoii , yana yana kenapalah dia buat aku rasa nak cepat cepat habiskan exam ni . Eii tak sabarnya tak sabarnya . Nanti dah cuti , comfirm melekat dengan yana je . Tak ada orang lain dah . percayalah cakap aku . Yana ! wait me .

   Aku ni teringin sangat sangat nak cerita tentang someone special yang sedang  bertakhta dalam hati ni . Tapi kena tunggu masa yang sesuai dulu . Haa jeng jeng . Yana , kalau kau baca ni . Jangan tanya siapakah gerangan jejaka yang bertuah tu ya ? pasal aku takkan bagitahu hahaha wekk :P . Kalau aku teringat kat dia mesti nak nyanyi lagu ni : matamu redup bagai bayu , juga awan biru di langit ku . Senyum mu seindah pelangi , selalu menerangi mimpi aku , lalalala ~ . HEE :D Siapa yep ? siapa yep ? Tapi jejaka tu bukan ex aku atau ex kau atau ex mak aku . Dia tak ada kaitan dengan kau , tak ada kaitan dengan aku tapi sekarang dia dah ada kaitan dengan aku pasal dia dah jadi King di negara hati aku . Cewah , ayat jiwang berkilat ni . Kalau yana ada pujaan hati . Aku pun mesti ada ! baru seri . Kita kan kembar .

  Cerita penutupnya , Hari tu aku mimpi lelaki idaman aku tu merisik aku . Fuyooh , hebat punya mimpi . Kalau mak aku tahu anak dia mimpi dok kahwin haih mahu dia membebel . Menggatal punya anak dara . Hahaha whateverlah jangan sampai kantoi sudah . Haa ceritanya macam ni . 
   Dia bawa satu family dia datang rumah . Aku ingatkan saje je nak kenal kenal dengan family aku ini . Rupanya datang bawa hajat . Hamboii , aku ni suka bukan main lagilah kan . Mak ayah aku pun bagi signal hijau tanda boleh jalan . Haa aku ni pun bincanglah dengan dia nak kahwin pakai baju warna apa . Haha tak fikir dah bajet tak cukup ke apa . Yang penting warna tu . Aku ni berkeras nak warna putih . Yang mangkuk tu nak warna biru . Haih geram sungguh dok gaduh pasal tu . Last last dia pakai baju biru aku pakai baju putih . Awal awal dah tak sehati sejiwa . Teruk betul . Kitorang dah nak kahwin tiba tiba yana datang dengan rambut serabai , baju pulak baju tidur . Muka tak basuh , kantoi tak mandi lagi . Datang datang terus serbu aku . Marah sebab aku tak ajak dia . Hahaha lepas tu habis macam tu je . Kesian aku tak dapat kahwin ;( . Yana punya pasallah ni .

  The End-